PIAGAM PELANGGAN
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SIMPANG RENGGAM
Kami berazam akan
memberi perkhidmatan professional dan berkualiti kearah menjadi PP, pergerakan
yang kuat dan badan perniagaan yang kukuh dengan ahli peladang yang moden
khususnya menjadi pengeluar makanan untuk Negara melalui:
v Memberi
keputusan permohonan menjadi ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan
diterima.
v Mengadakan
lawatan berjadual ke Unit Ahli sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
v Memberi
maklumbalas ke atas permohonan perkhidmatan dan kemudahan dari ahli-ahli dalam
tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
v Memberi
keputusan permohonan kredit dan pinjaman ahli-ahli dalam tempoh sebulan dari
tarikh permohonan diterima.
v Menyediakan
perkhidmatan simpanan dan perkhidmatan sosial dan kebajikan untuk faedah ahli.
v Memberi
pulangan dividen atas modal saham dan hadiah langganan kepada ahli-ahli.
v Memberi
khidmat pemasaran hasil pertanian dengan harga yang kompetitif bagi
projek-projek yang diusahakan oleh ahli-ahli.
v Pelanggan-pelanggan
akan mendapat layanan kaunter dalam tempoh tidak melewati 10 minit.
v Menyediakan
input pertanian dan barang pengguna yang berkualiti dengan harga yang setanding
dan membuat pembekalan tepat pada masa yang dijanjikan.
v Mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan tidak lewat dari 31 Julai setiap tahun.
v Pembayaran
keuntungan kepada ahli-ahli dalam tempoh 30 hari selepas Kelulusan Pendaftar.
v Menyediakan
penyata kewangan dan laporan kemajuan PP sebelum 20 haribulan setiap bulan.
v Menyempurnakan
segala pembayaran dalam tempoh 30 hari
dari tarikh tuntutan diterima yang disokong dengan dokumen yang lengkap.
No comments:
Post a Comment