Wawasan PPK







PIAGAM PELANGGAN
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SIMPANG RENGGAM

Kami berazam akan memberi perkhidmatan professional dan berkualiti kearah menjadi PP, pergerakan yang kuat dan badan perniagaan yang kukuh dengan ahli peladang yang moden khususnya menjadi pengeluar makanan untuk Negara melalui:
v Memberi keputusan permohonan menjadi ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.
v Mengadakan lawatan berjadual ke Unit Ahli sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
v Memberi maklumbalas ke atas permohonan perkhidmatan dan kemudahan dari ahli-ahli dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
v Memberi keputusan permohonan kredit dan pinjaman ahli-ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.
v Menyediakan perkhidmatan simpanan dan perkhidmatan sosial dan kebajikan untuk faedah ahli.
v Memberi pulangan dividen atas modal saham dan hadiah langganan kepada ahli-ahli.
v Memberi khidmat pemasaran hasil pertanian dengan harga yang kompetitif bagi projek-projek yang diusahakan oleh ahli-ahli.
v Pelanggan-pelanggan akan mendapat layanan kaunter dalam tempoh tidak melewati 10 minit.
v Menyediakan input pertanian dan barang pengguna yang berkualiti dengan harga yang setanding dan membuat pembekalan tepat pada masa yang dijanjikan.
v Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak lewat dari 31 Julai setiap tahun.
v Pembayaran keuntungan kepada ahli-ahli dalam tempoh 30 hari selepas Kelulusan Pendaftar.
v Menyediakan penyata kewangan dan laporan kemajuan PP sebelum 20 haribulan setiap bulan.
v Menyempurnakan segala pembayaran dalam  tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan diterima yang disokong dengan dokumen yang lengkap.

No comments:

Post a Comment